Wednesday, December 3, 2014

Remy Ishak terima bayaran tinggi?

Aktor Remy Ishak menafikan dakwaan dia menerima bayaran tinggi serta anak emas kepada pengarah Khabir Bhatia kerana sering bekerjasama dalam filem mahupun drama televisyen.


Remy Isha terima bayaran tinggi?, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon popular remy ishak, gosip,

Baginya, keserasian dan hubungan baik yang terjalin antara mereka sejak beberapa tahun lalu memudahkan mereka bekerjasama tanpa banyak masalah.

"Saya senang bekerja dengan sesiapa sahaja dan setiap produksi ada kekurangan dan kelebihan masing-masing dari segi cara kerja.

"Mungkin Khabir antara pengarah popular yang membuatkan dia dikenali dan saya sering bekerja dengan produksi dia. Lagipun saya faham dan tahu apa Khabir mahukan setiap kali saya jalani penggambaran.

"Bayaran tinggi? Sebenarnya kalau saya katakan perkara ini, mungkin orang kata saya poyo. Tapi sebetulnya, saya lebih mementingkan naskah daripada soal bayaran.

"Kalau naskah itu memberi kepuasan pada saya, harga tidak jadi masalah. Saya suka belajar sesuatu dan menimba pengalaman baru, soal harga jadi nombor dua," ujar Remy seperti dipetik dari Malaysian Digest.

Artiekl Terdahulu :  

Aktor berusia 32 tahun ini mengulas perkara tersebut selepas dikatakan kerap bekerjasama dengan pemilik produksi Film Scape Sdn Bhd, termasuk drama bersiri terbaru "Antidot" yang diinspirasi dari siri zombie popular Inggeris, "The Walking Dead".

Tambah Remy, naskah terbaru Khabir kali ini agak berbeza dari segi perjalanan cerita serta skrip dan juga bersifat lebih santai.

Selain Remy, "Antidot" akan turut menampilkan pelakon berbakat lain seperti Nad Zainal, Nabila Huda dan Kamal Adli.

Sementara itu pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak ini turut memberitahu, dia pernah menerima tawaran bergelar pengarah tetapi terpaksa menolak kerana merasakan dirinya masih belum layak memikul tanggungjawab tersebut.

"Bagi saya, pengarah itu adalah darjat paling tinggi. Walaupun ada yang cakap saya sudah boleh mengarah tetapi saya belum bersedia dan belum merasakan diri layak.

"Dalam bidang lakonan, saya masih belum puas dan cukup baik serta masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Namun hasrat mahu mengarah itu memang ada, cuma masanya belum tiba," katanya.

Baca : Supermodel negara, Shida Yaacob meninggal dunia  

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →