The Hobbit: The Battle of the Five Armies (2014) merupakan filem sekuel sambungan dari 2 filem terdahulu An Unexpected Journey (2012) dan The Desolation of Smaug (2013). Selepas ini, anda sambung tontonan semula siri 3 buah filem The Lord of the Rings (2001, 2002, 2003). Maka lengkaplah sudah perjalanan cerita fantasi epik yang panjang berjela dari buku kanak-kanak The Hobbit dan novel The Lord of the Rings karya agung tulisan J. R. R. Tolkien. Kesemua filem itu jugalah yang telah berjaya menjulang nama pengarahnya Peter Jackson ke mata dunia.
Lantas adakah filem ketiga dan terakhir yang diadaptasi dari buku nipis The Hobbit ini menjadi penyudah yang memuaskan? Anda perlu pergi menonton di pawagam tempatan sekarang juga untuk menilainya sendiri.
The Hobbit: The Battle of the Five Armies asalnya diura-urakan akan berjudul The Hobbit: There and Back Again tetapi ditukar kerana kesesuaian isi kandung yang melibatkan peperangan di antara 5 puak yang berebut Lonely Mountain. Sila rujuk ulasan saya yang di tahun terdahulu, An Unexpected Journey (2012) dan The Desolation of Smaug (2013).
Pembukaan filem ini menyambung terus aksi-aksi berdebar bagaimana si naga Smaug dari imej janaan komputer dan suara latar serta ‘motion capture’ oleh Benedict Cumberbatch menyerang perkampungan Laketown. Kepada penonton yang tidak menonton prekuelnya, pasti akan agak terpinga-pinga kerana filem ini bersyarat kena menonton filem-filem The Hobbit yang lalu untuk memahami latar belakang ceritanya.

Kemudiannya ia dikembangkan bagaimana situasi segerombolan puak Dwarf yang diketuai oleh Thorin Oakenshield (Richard Armitage) serta Bilbo Baggins (Martin Freeman) di dalam Lonely Mountain yang kini menguasai semua emas yang ditinggalkan oleh Smaug. Thorin beriya-iya mencari seketul emas digelar Arkenstone untuk menjadi tanda khas bahawa dialah raja dan pewaris tunggal kerajaan Erebor yang sah. Itu cuma salah satu konflik yang disulam bersilih-ganti dengan berbagai lagi plot yang diheret dari filem terdahulu lalu ditembungkan, disatukan dan diselesaikan malahan digantung untuk berentetan ke siri filem The Lord of the Rings.
Sebagai filem finale, The Hobbit yang terakhir ini agak mengejutkan kerana ia merupakan filem terpendek durasinya 2 jam 24 minit sahaja berbanding kegemaran Peter Jackson membikin trilogi LOTR dan 2 filem The Hobbit terdahulu yang semestinya hampir atau lebih 3 jam. Bila difikirkan semula, filem ini juga antara filem yang paling ringkas konflik yang hendak diselesaikan kerana ia lebih memaparkan babak-babak peperangan sengit kesemua puak yang berebutkan emas dan kawasan Lonely Mountain untuk tujuan puak masing-masing.

Saya merasakan bahawa filem kali ini sekadar mengulang beberapa elemen dan formula trilogi LOTR dimana ketaksuban Thorin mencari Arkenstone seolah-olah kegilaan watak Gollum yang mencari cincin keramat One Ring yang terlalu hendak dimiliki. Bilbo Baggins juga membayangi perwatakan Frodo Baggins yang sentiasa menjadi penyelamat di tengah-tengah kemelut perebutan kawasan oleh semua puak yang bertelagah.
Kemunculan ahli sihir hebat Gandalf the Grey (Ian McKellen) pula seperti biasa menjadi orang tua yang penuh dengan kata nasihat dan amaran yang berbahasa berbunga-bunga di samping menunjukkan sekali-sekala kuasa tongkat saktinya.
Babak-babak peperangan yang menjadi taruhan utama filem ini, kadangkala dirasakan agak memenatkan untuk ditonton kerana sememangnya panjang tetapi ia merupakan kemestian filem terakhir ini kerana keperluan watak-watak yang ramai. Semua hero dari puak berbeza diberikan screen time silih-berganti Thorin dan puak Dwarf, Legolas Greenleaf (Orlando Bloom), Tauriel (Evangeline Lilly), Thranduil (Lee Pace), Bard the Bowman (Luke Evans) dan Radagast the Brown (Sylvester McCoy). Malahan watak-watak cameo dari filem LOTR akan datang iaitu Galadriel (Cate Blanchett), Elrond (Hugo Weaving) dan Saruman the White (Christopher Lee) juga muncul untuk memulakan konflik dengan Sauron!
Itu belum lagi dari puak penjahat. Ramai ya amat! Dalam erti kata lain, filem ini seumpama gabungan hero-hero dalam filem X-Men dan The Avengers versi Peter Jackson kot? Ia merupakan kepuasan maksima kepada fanatik siri filem The Hobbit dan trilogi LOTR. Jikalau J. R. R. Tolkien masih hidup pun beliau agaknya akan seronok menonton filem ini kerana terlalu meriah dengan perwatakan yang berbagai rupa dan kekuatan fizikal yang hebat serta tambahan watak-watak yang tiada di dalam kedua-dua buku.

Namun begitu dek kerana efek kesan khas visual yang keterlaluan untuk merealisasikan dunia fantasi di dalam filem ini, saya merasakan bahawa ada beberapa babak yang nampak begitu ketara hasilnya kelihatan imej janaan komputer yang bergerak seperti kartun, terutamanya babak-babak pertarungan Legolas menentang puak Orcs dan watak Bolg. Tetapi memandangkan ini filem epik fantasi mahal, tiada sesiapa akan peduli dengan kelemahan kecil sebegitu, kan?
KESIMPULAN
The Hobbit: The Battle of the Five Armies (2014) memang padat dan sarat dengan babak-babak peperangan dan watak-watak yang sinonim dengan dunia fantasi di Middle Earth. Ia bukan sekadar cerita si kerdil Hobbit, Bilbo Baggins sahaja. Ia kisah kerakusan kuasa, ketamakan harta dan perebutan kawasan jajahan di antara 5 puak yang hebat-hebat. Walaupun jauh di sudut hati saya terfikir juga, emas yang berlonggok di dalam Lonely Mountain itu seeloknya dijaga oleh si naga Smaug selamanya dan lebih sesuai dia berlawan dengan Sauron suatu hari nanti.

Selamat tinggal The Hobbit dan selamat datang The Lord of the Rings (LOTR).
Baca : Leez Rosli Bakal Nikah 27 Disember Ini
Sumber : rotikaya.com