Thursday, December 25, 2014

Riz AF kurus sebab dadah?

Ketika menyertai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim yang keenam sekitar enam tahun lalu, tubuh penyanyi Riz Zaizizi kelihat agak berisi. Setelah berjaya merangkul gelaran naib juara dan melahirkan sebuah album solo, kelibatnya dalam industri hiburan semakin kurang dilihat.


Riz AF kurus sebab dadah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, riz af,

Bagaimanapun, selepas membuat kemunculan semula ketika mempromosikan single Singkapkan Doa Kami bagi memperingati mangsa tragedi MH370 beberapa bulan lalu, sosok tubuh jejaka yang berasal dari Grik, Perak itu kelihatan semakin kurus.

Rambutnya yang dahulu dibiar panjang juga telah dipotong pendek sehingga menampakkan garis wajahnya yang agak cengkung. Justeru, timbul spekulasi mengatakan penyanyi yang pernah berduet bersama Alyah menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang itu terlibat dengan pengambilan dadah.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi single Kalimah Sakti di Kafe Hard Rock, Kuala Lumpur baru-baru ini, tuan empunya nama, Mohd. Idris Mohd. Zaizizi, 28, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Ujar Riz, berat badannya turun mendadak selepas dia mengamalkan diet serta senaman secara berkala sejak empat bulan yang lalu.

Baca : Amelina gegarkan Konsert Dalam Dikir 

Sumber : kosmo.com.my


 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →