Wednesday, December 3, 2014

Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia?

Walaupun dihambat dengan pelbagai kontroversi, hasil lakonan Sharnaaz Ahmad tidak pernah menghampakan. Malah, dia berani untuk menerima watak yang begitu kontra dengan dirinya seperti watak lelaki lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong.


Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pelakon sharnaaz ahmad,

Tapi, terkejut juga kami apabila membaca headline Kosmo yang mengatakan bahawa pelakon sasa ini mahu keluar dari Malaysia. Alamak, Abang Long betul-betul nak berhenti berlakon ke?Arghh.. Tolong katakan tidak!

Saya mahu keluar dari Malaysia. Bukan maksud untuk meninggalkan negara sendiri, tetapi atas dasar mahu mencari pembaharuan kepada karya tempatan. Itu sebenarnya hasrat saya. Saya sayangkan industri seni tempatan, sebab itu saya mahu ambil kesempatan belajar daripada karyawan di luar negara.


Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pelakon sharnaaz ahmad,

Sebenarnya, saya mahu jadi seperti Datuk Michelle Yeoh. Walaupun anak Malaysia, tetapi beliau tidak pernah melupakan asal usul dari mana beliau datang. Lihatlah sekarang siapa beliau di mata dunia, berjaya harumkan nama Malaysia. Saya mahu jadi seperti itu jika diizinkan Tuhan.

Saya tahu perkara itu bukan benda mudah untuk dicapai, sekurang-kurangnya, niat dan hajat saya itu ada dan disertakan dengan kesungguhan. Sekarang apa yang perlu saya buat ialah lebihkan usaha dan kerja keras, biar bakat dan kesungguhan saya dapat membuka mata orang luar.

Ini hajat saya, saya mahu sayap kerjaya tidak hanya di takuk lama. Jika rezeki memihak, suatu hari nanti, insya-Allah giliran saya untuk melakukan yang terbaik dan membawa nama Malaysia ke persada luar negara akan tiba.”


Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pelakon sharnaaz ahmad,

Fuh. Kami ingatkan Sharnaaz mahu berhenti berlakon betul-betul. Yelahkan, dulu pun Sharnaaz pernah membuat kenyataan bahawa dia mahu berhenti berlakon. Tapi, ini jawapan Sharnaaz mengenai isu tersebut:

    “Ketika saya umumkan mahu berhenti berlakon, waktu itu saya dalam keadaan yang sangat tertekan. Diasak dengan cerita kontroversi yang tidak sudah-sudah, itu semua membuatkan saya kecewa. Namun, perkara yang buatkan saya kembali bangkit ialah semangat tidak pernah putus asa.”

Baguslah begitu Sharnaaz. Yang penting semangat anak seni tu masih membara dalam hati. Mana tahu lepas ni dapat tengok Sharnaaz berlakon dalam cerita hindustan pula. Huhu.

Baca : Aaron Aziz Bawa Anak-Anak Main Salji Di Korea 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →