Thursday, December 4, 2014

Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel

“Sumpah demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru. Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya satu kebetulan.”


Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, syamsul yusof,

Itulah respon daripada pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof susulan daripada kes saman yang difailkan penulis novel Aku Bohsia iaitu Elias Idris terhadap pengarah dan pelakon itu, bapanya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Production Sdn Bhd atas tuduhan meniru tanpa kebenaran.

Artikel Terdahulu :  

Pemilik nama Mohd Syamsul Md Yusof menyatakan perkara yang disangkakan rungutan kecil individu itu kepada pihak mereka tahun lalu dibesar-besarkan sehingga menjadi tuntutan undang-undang minggu ini.

“Papa pernah memaklumkan hal ini mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti dituduhnya.

“Tak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah sampaikan pihaknya memfailkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia nak saman itu hak dia, jadi kami kenalah lawan dengan undang-undang,” katanya.

Novel keluaran 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita yang diterbitkan syarikatnya iaitu Kreatif Akademik itu adalah karya asalnya.

Beberapa watak dan jalan cerita dalam novel itu ditiru dan diterbitkan dalam bentuk visual menerusi filem Bohsia (2009) lakonan, tulisan dan arahan Syamsul tanpa kebenaran.

Elias mendakwa dirinya pernah berjumpa dengan Yusof atau nama sebenarnya Md Yusof Md Aslam, 60, dua kali pada 6 dan 26 Oktober tahun lalu untuk membincangkan hal itu tetapi tidak dilayan.

“Yang saya pelik, kenapa baru sekarang tiba-tiba dia muncul dan dakwa kami ciplak novel dia? Walaupun saya berani bersumpah kami tak buat perkara macam itu, tapi dia tetap mahu meneruskan hasratnya (saman).

“Untuk pengetahuan, kami tak pernah menerbitkan filem atau drama diadaptasi daripada novel, apatah lagi meniru karya orang lain tanpa kebenaran. Baru-baru ini kami terbitkan drama bersiri daripada adaptasi novel Siri Bercakap Dengan Jin nukilan Tamar Jalis dan beliau dibayar dengan jumlah besar.

“Tapi bila hamba Allah ini memilih untuk besar-besarkan hal ke mahkamah walaupun penafian sudah kami buat, jadi kita ikut sajalah undang-undang nanti,” tambahnya lagi.

Baca : wajah suspek toreh muka Shafiqa tersebar 

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →