Tuesday, December 16, 2014

Tunku Hanis Perjelas Isu Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza Abdullah

Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto ‘pergaduhan’ yang berlaku antara pelakon Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di lokasi tidak diketahui.


Tunku Hanis  Perjelas Isu Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza Abdullah, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, Liza Abdullah, Tunku Hanis


Dikatakan, kedua-duanya berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuklah kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk.

Artikel Terdahulu :  

Hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama yang melibatkan kedua-dua pelakon itu!

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya.

Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula…

Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!

Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja 

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →