Wednesday, January 14, 2015

Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?

Sebaik saja selesai tayangan perdana Suamiku Encik Perfect 10! Di pawagam GSC Pavilion malam semalam, aktor popular Aaron Aziz telah bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 12 tengah malam.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Malah beberapa foto dan video kunjungan mengejut Aaron Aziz ke hospital berkenaan telah dikongsi oleh isteri tercinta, Diyana Halik di akaun Instagramnya yang turut sama menemani pelakon pujaan ramai itu malam semalam.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Daripada kapsyen yang ditulis Diyana Halik, kelihatan sungguh kesengsaraan yang dialami oleh Aaron Aziz yang hanya mampu terbaring di atas katil hospital sementara menunggu dirawat oleh doktor bertugas.

Setelah menghubungi Diyana Halik sebentar tadi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung keadaan sebenar Bintang Paling Popular Berita Harian itu.

“Bukannya apa, Aaron ke sana hanya untuk mendapatkan suntikan penahan sakit kerana tak tahan dengan sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari.

“Sudah lama sebenarnya Aaron terasa sakit di lehernya itu kerana ia merupakan kesan daripada kemalangan yang pernah dialaminya sebelum penggambaran Fear Factor tak lama dulu.

“Cuma semalam dia tak dapat menahan kesakitan lagi. Jadi akhirnya saya membawanya berjumpa doktor di Prince Court yang kebetulan dia baru saja selesai tayangan perdana di Pavilion,” katanya berkongsi cerita.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Menurut Diyana Halik, suaminya memang selalu diserang sakit leher kesan daripada kemalangan berkenaan dan semalam nampaknya Aaron Aziz tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat.

Bagaimanapun kata wanita yang juga merangkap pengurus aktor berkenaan, selepas mendapatkan suntikan penahan sakit, kesakitan yang dialami Aaron Aziz sedikit surut, tetapi dia perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat ini.

“Entahlah, sejak kemalamgan berkenaan, Aaron Aziz memang selalu mengalami sakit-sakit di lehernya dan sepatutnya dia perlu menjalani rawatan terapi.

“Kita lihat sajalah apa kata doktor pada Jumaat nanti,” katanya ringkas yang turut memberi tahu yang suaminya bakal sibuk dengan penggambaran sebuah filem bermula Februari ini.

Baca : Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir 

Sumber artikel: murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →