Thursday, January 22, 2015

Aweera Dakwa Edry KRU Guna Caliph Buskers Untuk Raih Simpati

Kami pun tidak pasti kenapa Aweera masih mahu mengeluarkan kenyataan tentang Edry KRU dan Mojo sendiri sedangkan pihak satu lagi sudah pun terus ke hadapan dengan penyanyi baru — dan kejayaan menawan hati ramai di pentas AJL 29 pun turut menerima tempias komennya.


Aweera Dakwa Edry KRU Guna Caliph Buskers Untuk Raih Simpati, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kontroversi Aweera dan Mojo, Caliph Buskers

Terbaru menerusi mStar Online, Aweera berpendapat drama yang diwujudkan Edry KRU sebelum ini telah berjaya meraih simpati masyarakat lebih lebih lagi selepas mememangi Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29)

“Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat. Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baru Mojo, tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik,” ujar Aweera kepada media.

Dalam kenyataan sama, Aweera juga berkata yang Edry KRU selaku ketua kumpulan Mojo terlalu bergantung kepada vokalis Caliph Buskers & kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan bukannya persembahan sebenar Mojo.

Jika benar pun seperti yang didakwa Aweera, ianya memang satu persembahan yang menyentuh hati ramai penonton pada malam itu. Mungkin sampai masa Aweera sendiri buktikan kebolehan untuk mara sendiri ke pentas berprestij itu selepas ini.

Sumber : rotikaya.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →