Saturday, January 10, 2015

Ayu OIAM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 3.2 Kg

Nak ucapkan tahniah buat juara One In A Million (OIAM) Musim Kedua, Norayu Damit atau Ayu kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram pada siang tadi.

Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan di Hospital UUMC, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 pagi tadi. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat. Ini adalah anak ketiga Ayu hasil perkahwinannya dengan jejaka bernama Fauzie. Bagaimanapun keseluruhan anak Ayu adalah 4 orang termasuk seorang anak angkat yang dibelanya sejak tahun lalu.


Ayu OIAM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 3.2 Kg , info, terkin, hiburan, sensasi, ayu Damit

Pun begitu, buat masa ini, Murai Batu masih belum mampu nak kongsikan gambar terbaru Ayu bersama babynya kerana menghormati permintaan daripada pihak keluarga Ayu sendiri.

Ketika ini Ayu masih lagi berada di Hospital UUMC, Petaling Jaya dan dia dijangka keluar dari hospital pada hari Isnin depan iaitu 12 Jan 2015.

Disini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ayu di atas kelahiran bayi lelakinya yang masih belum bernama itu.

Mudah-mudahan ia akan menambah lagi rezeki Ayu sekeluarga dan menambahkan lagi ikatan kasih sayang di antara Ayu dengan suaminya.

Baca : Sharifah Aleya Selamat Lahirkan Anak Lelaki 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →