Nampaknya nama Caliph Buskers semakin meningkat naik setelah persembahan penuh memukau Mojo bersama Caliph Buskers yang membawakan lagu Romancinta berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata. Malah aksi mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) malam tadi cukup memberi kenangan paling diingati sepanjang anugerah tersebut berlangsung.
Gosip ‘Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29‘ memberikan tuah untuk lagu Romancinta setelah menerima Anugerah Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur dan Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton.
Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur dan Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton.
Edry KRU Janji Mojo Bakal Busking Bersama Caliph Buskers |
Edry KRU Janji Mojo Bakal Busking Bersama Caliph Buskers
Yang lebih menarik, Edry KRU dan kumpulan Mojo berjanji akan keluar busking bersama Caliph Buskers di lokasi biasa mereka sebagai membalas jasa membawakan lagu Romancinta dengan penuh berkesan di AJL 29.
Ada juga cerita yang KRU Studios berminat untuk mengambil kumpulan istimewa ini untuk bernaung di bawah syarikat rakaman mereka. Selari dengan saranan peminat yang mahu melihat Caliph Buskers pergi lebih jauh selepas ini. Lagipun Caliph Buskers sangat berbakat, suara pun mantap mungkin peluang untuk ketahap seterusnya lebih cerah. Kami sokong Caliph Buskers!!
Sumber : gosipmalaysia.com
Sumber : gosipmalaysia.com