Thursday, January 8, 2015

Bintang Filem The Raid Bakal Muncul Dalam Filem Star Wars

Trio utama dalam jenama filem Indonesia yang terkenal di Hollywood, The Raid disebut-sebut sebagai bakal membintangi filem yang paling dinanti ramai iaitu Star Wars: The Force Awaken arahan JJ Abrams.


Bintang Filem The Raid Bakal Muncul Dalam Filem Star Wars, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon indonesia, Star Wars, filem holywood

Nama Iko Uwais, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman dikatakan menarik perhatian Abrams selepas kejayaan mereka menunjukkan aksi seni mempertahankan diri yang mantap dalam sekuel The Raid, lapor twitchfilm.com.

Aksi silat, bermain cota, bilah dan beberapa kuasa hebat lain dikatakan bakal menyuntik kelainan dalam jenama filem Star Wars terbaru.

Bagaimanapun, Iko yang dihubungi CNN Indonesia pada Selasa berkata dia tidak dapat memberikan kata putus mengenai perkembangan terbaru itu.

“Saya tidak dapat bagi kenyataan berkenaan perkara ini. Mungkin bukan saya orang yang tepat untuk mengesahkan perkara ini , takut disalahertikan.

“Tunggu sahaja kenyataan dari penerbit Star Wars sendiri” kata pelakon yang mula mencipta nama melalui filem Merantau.

Sebelum Iko, bintang filem The Raid, Joe Taslim telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Fast and Furious 6 begitu juga dengan Cinta Laura dalam filem The Philosophers.

Filem The Raid 2: Berandal arahan Gareth Evans pernah tersenarai dalam 10 filem terbaik dunia oleh IMDb seangkatan dengan filem antarabangsa yang lain seperti Interstellar, Guardians of the Galaxy, Gone Girl, dan X-Men: Days of Future Past.

The Raid 2: Berandal pernah ditayangkan di Festival Filem Sundance dan mendapat maklumbalas positif dari masyarakat antarabangsa.

Baca : Justin Bieber patah kaki 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →