Monday, January 19, 2015

Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena

Nama Caliph Buskers kini telah meniti dibibir masyarakat Malaysia masa kini. Kerana persembahan mantap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) semalam telah membuatkan semua penonton terdiri memberikan tepukan gemuruh untuk kumpulan Caliph Buskers yang telah membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setelah memenangi Persembahan Terbaik. Ramai yang tidak berpuashati apabila Lagu Apa Khabar Joe Flizzow Dan Sonaone Juara AJL29 yang sepatutnya di juarai oleh Caliph Buskers.

Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29

Kumpulan Caliph Buskers ni lain daripada insan-insan yang cukup sempurna pancainderanya namun, mereka memiliki bakat seni yang mungkin tidak dimiliki oleh insan yang lain. Ikuti biodata lengkap tentang Caliph Buskers di artikel ini ‘Biodata Caliph Buskers, Pemenang Persembahan Terbaik AJL 29‘.

Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29

Dek kerana persembahan mantap Caliph Buskers di pentas AJL29, ramai masyarakat terkilan apabila Caliph Buskers tidak diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 29 sebaliknya hanya memenangi Persembahan Terbaik AJL 29.

Antara komen peminat Caliph Buskers di laman sosial facebook, tidak kurang juga yang memuji Edry KRU yang memberikan peluang untuk penyanyi istimewa tersebut :-

    Tahniah Edry Abdul Halim membuat perubahan drastik dalam industri dan betul2 satu perbuatan mulia memberi peuag pada yg berbakat seperti Caliphbusker dan bukan melihat hanya pada paras rupa… terharu sungguh, alhamdulillah.

    Apsal romancinta x jd juara AJL semlm??? Lagu hip hop paling x sedap lak jd juara…something is terribly wrong with the judges ???!!!
Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29
Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29


Penulis pun dah jatuh hati dengan Caliph Buskers ni, dengar cerita “Mojo Bakal Busking Bersama Caliph Buskers” dan bernaung di bawah syarikat rakaman mereka. Fuh! rasanya nama Caliph Buskers bakal menjadi fenomena hangat dunia hiburan tanah air. Jangan lupa diri tau kalau dah berjaya.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →