Selepas tiga bulan melahirkan Aaisyah Dhia Rana, Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal menunaikan ibadah umrah bersama-sama pada Februari nanti.
Yang pastinya Che Ta bakal menunaikan umrah selama 2 minggu menggunakan duit sendiri ye, bukan duit tajaan daripada mana-mana pihak.
Memetik laporan mStar, walaupun sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun Che Ta akui dirinya begitu teruja untuk menunaikan umrah pada kali ini kerana ianya pertama kali bersama suami tercinta, Zain Saidin.
Biarpun saya sudah beberapa kali ke sana untuk umrah tetapi ini berbeza kerana kali pertama ditemani suami. Anak-anak tidak akan turut serta dan Aaisyah akan dijaga oleh ibu mertua
Tambah Che Ta, pemergian mereka suami isteri ke Tanah Suci sebenarnya bagi menunaikan nazar selepas kelahiran anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga bulan.
Sebelum ini saya ada bernazar sekiranya hamil lagi saya akan mengerjakan Umrah bersama suami dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.
Insya-Allah kami akan berangkat ke Tanah Suci pada pertengahan Februari sehingga awal Mac depan.
Pada masa sama Che Ta mengakui dirinya banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak kerana enggan berjauhan dengan anak.
Malah Che Ta akui dirinya mahu fokus kepada bidang pengacaraan sepenuhnya.
Bukan tidak mahu tetapi belum bersedia. Insya-Allah jika semuanya sudah stabil dan anak pun dah besar sikit saya akan kembali berlakon
Sumber : ohbulan.com