Tuesday, January 13, 2015

Daripada Kongkong, Lebih Baik Letak Pasangan Dalam Kelambu - Rita Rudaini

Meski diselangi dengan beberapa kisah duka yang mengulit perjalanan hidupnya, pelakon Rita Rudaini tetap berdiri sebagaimana yang dikenali. Lakonannya yang berkesan berjaya meruntun hati peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Terkini, info, hiburan, sensasi, gosip, rita rudaini

Menerusi edisi terbaru Media Hiburan, Rita sempat berkongsi pendapat mengenai keselesaaanya ketika berlakon bersama suami atau kekasih orang lain.

"Saya ada prinsip sendiri. Saya susah nak suka dan jatuh cinta dengan seseorang. Kalau ada yang tersuka, itu di luar pengetahuan dan saya tak pernah nak ambil tahu. Berlakon dengan suami dan kekasih orang, terdetik juga rasa takut kerana bimbang perasaan dan tanggapan pasangan mereka.

"Tapi jangan risau, saya bukan seperti itu. Siapa yang pernah berlakon dengan saya, pasti lebih tahu. Yang ragu-ragu dan takut itu, adalah mereka yang tidak pernah berlakon dan bekerja dengan saya," ujar Rita.

Tatkala ditanya pendapatnya tentang sesetengah wanita yang mengongkong pasangan daripada bergandingan dengan pelakon wanita lain, Rita menjelaskan;

"Saya memang tidak boleh dengan orang seperti itu. Kalau betul dia nak kongkong, baik ambil, bawa balik dan letak pasangan itu di dalam kelambu. Kalau percayakan pasangan, perlu terbuka dalam hal ini.

"Kalau tak percaya, jangan izinkan dia berlakon. Jika itu berlaku, dia menyekat periuk nasi orang lain dan pasangannya juga," tambah ibu kepada dua orang anak ini. 

Baca : Riezman Khuzaimi Dan Kartina Ayoob Sah Bercerai Talak Satu 

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →