Gambar anak ketiga Ayu Damit diberi nama Syed Aqif Najmi yang lahir pada 10 Januari lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Meskipun hanya sekeping, namun ia pastinya dapat mengubat hati para peminatnya yang tidak jemu mengirimkan ucapan tahniah.
Selain berkongsi dengan peminat, Ayu juga seolah menujukan gambar itu buat suami tersayang, Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menyambut hari lahirnya semalam.
Bagaimanapun, dia tidak dapat meraikan hari lahir suaminya itu disebabkan masih berpantang.
"Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang sangat menyayangi kepada saya dan anak. Menjadi tulang belakang hidup saya, menjadi suami yang soleh, memahami dan semoga hidup kita dirahmati serta diberkati Tuhan selalu. Cinta dan sayang saya hingga ke jannah," tulisnya di Instagram.

Sumber : myartis.com