Wah, nampak meriah betul majlis akikah Aaisyah Dhia Rana anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Untuk makluman anda, Zain dan Rozita atau dikenali dengan panggilan Che Ta telah mengadakan majlis aqiqah dan kesyukuran bayi mereka itu di Hotel Royale Chulan.
Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua bulan adalah cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup Zain dan Rozita yang diijabkabulkan pada 11 Disember 2013. Dilahirkan 1 November lalu, bayi ini juga adalah cahaya mata ketiga Rozita. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon Kiah Pekasam itu mempunyai dua anak lelaki.
Zain berkata, mereka sangat bersyukur dengan kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pengikat kasih mereka dan kehadirannya memang sangat dia nantikan.
“Kehadiran Aaisyah dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Aaisyah lambang cinta kami. Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur ke hadrat Tuhan,” katanya.
Sumber : ammboi.com