Sunday, January 4, 2015

Kisah Lalu Matangkan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Tersenyum bahagia melihat pasangan sejoli Wawa Zainal dan Aeril yang kini semakin bahagia lebih-lebih lagi dikurniakan seorang cahaya hasil dari cinta mereka berdua.

Kisah Lalu Matangkan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel, info, terkini, hiburan, pasangan sensasi aeril dan wawa,

Anak lelaki mereka merupakan kekuatan untuk mereka terus saling mencintai antara satu sama lain.

Walaupun sentiasa nampak bahagia namun pasangan ini mengakui pelbagai dugaan terpaksa diharungi bersama demi mempertahankan rumah tangga mereka. Malah dugaan tersebut mereka jadikan sebagai pengalaman sebagai pengajaran hidup.

Segala kegembiraan, sedih, pengalaman manis dan pahit mereka berdua tetap lalui bersama. Lihat sahaja ‘Ucapan Romantis Wawa Zainal Untuk Aeril Zafril‘, memang mereka terlalu bahagia sehingga tiada apa yang mampu pisahkan mereka melainkan maut. Chewah!


Kisah Lalu Matangkan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel, info, terkini, hiburan, pasangan sensasi aeril dan wawa,

“Saya tak boleh terlalu negatif dan hanya menganggap pengalaman lalu sebagai guru untuk mendidik kami supaya lebih matang dalam urusan rumah tangga,”

Walaupun sebelum ini Wawa Zainal dan Aeral pernah mencetuskan kontroversi berkahwin secara senyap dan perselisihan faham dengan penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo semuanya mereka jadikan pengajaran dan menjadikan mereka lebih dewasa.

Perniagaan mereka kini semakin mendapat sambutan hangat dan bakal mengeluarkan lagi produk pakaian kanak-kanak. Alhamdulillah rezeki mereka berdua selepas kahwin dan mempunyai anak. v

“Sejujurnya memang tidak sangka ramai yang ambil order sehingga barang habis dan terpaksa restock semula. Buat masa sekarang kami menjalankan perniagaan melalui Instagram dengan menjual jubah lelaki dahulu.

“Untuk busana perempuan seperti jubah, gaun dan skirt pula akan release pada Januari depan,” – Wawa Zainal

Baca : Ifa Raziah Berkemungkinan Tarik Diri Dari Konsert Akhir Gegar Vaganza 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →