Tuesday, January 20, 2015

KRU bakal mengadakan konsert ulang tahun ke 25!

Kumpulan trio popular KRU dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert gemilang bagi meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan itu pada 2017 nanti.


KRU bakal mengadakan konsert ulang tahun ke 25!, info, terkini, hiburan, sensasi, KRU

Menurut Norman Abdul Halim, dia mahu menyambut detik bersejarah dan penuh makna itu dengan para peminat yang sentiasa menyokong mereka daripada mula pembabitkan mereka dalam dunia seni tempatan.

"Apa yang pasti, barisan lagu yang mempopularkan kami di tanah air dan antarabangsa akan menjadi intipati konsert itu nanti. Ini kerana, lagu-lagu tersebut mempunyai kisah tersendiri serta nilai sentimental yang tinggi.

"Ramai juga membesar dengan lagu-lagu kami dan menyukainya. Sebab itu walaupun pada usia begini, kami akan cuba mencari stamina untuk mempersembahkan lagu-lagu hit kami sebaik mungkin.

"Mungkin gerak-geri kami tidak akan selincah dahulu ketika remaja, tetapi kami janji untuk buat yang terbaik untuk peminat KRU," ujarnya yang dipetik dari Utusan Online.

Pada masa sama, Edry turut memberitahu bahawa pihaknya kini juga sedang giat menghasilkan lagu-lagu baru untuk KRU sebagai persedian konsert itu.

"KRU sudah mempunyai koleksi lagu sendiri tetapi karya baru diperlukan supaya konsert itu nanti nampak menarik dengan pecahan segmen mengikut perubahan zaman."

Sementara itu, KRU juga baru sahaja meriliskan single terbaru mereka "Adiwira" sebagai lagu tema untuk filem "Cicakman 3" yang turut menampilkan Zizan Razak sebagai penyanyi rap.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →