Tuesday, January 6, 2015

Kumpulan AHKB Rakam lagu Alleycats

Mencipta nama menerusi kumpulan Daring Visionary Act (d-Va) sebelum menukarnya kepada Abstrak Hingga Ke Bulan (AHKB) pada 2007.

Ia bukan kerja mudah buat pemain gitarnya, Zarul kerana terpaksa berdepan pelbagai cabaran untuk terus kekal bersaing.

Kumpulan AHKB Rakam lagu Alleycats, info, terkini, hiburan, lagu alleycats

Masalah paling utama ialah anggota kumpulan yang silih berganti menjadikan anggota AHKB kini sudah masuk generasi ke-empat.

Bagaimanapun, Zarul tetap berusaha mengekalkan kumpulan pop ska alternatif ini dan hasilnya mereka akan tampil dengan album ketiga pada Februari ini.

"Seorang demi seorang anggota AHKB pergi meninggalkan saya sendirian. Alasan utama yang diberikan ialah mereka terikat dengan kerja. Ada juga yang masih belajar dan ada pula sudah berkeluarga dan malas terbabit dalam muzik lagi.

"Tahun lalu pun ketika merakamkan album, pemain keyboard dan bass pula me­ngundur diri kerana berdepan masalah. Tapi nak tak nak, saya teruskan juga rakaman kerana kos studio sudah dibayar.

"Mungkin nama AHKB agak berat pengertiannya sehingga tidak henti-henti ditimpa masalah. Namun saya sukakannya kerana mempunyai maksud tersendiri. Asalnya dulu ha­nya nama Abstrak tapi saya dapati ramai pula gunakan nama ini dan terus menambah Hingga Ke Bulan bagi menggambarkan cita-cita kami yang menggunung tinggi," kata­nya.

Dengan kegigihan Zarul, AHKB berjaya mewakili Malaysia dalam pertandi­ngan nyanyian berbentuk program realiti TV, Search For Unsigned Talent For Asia (SUTASI) yang berlangsung di Singapura pada 2009 dan menduduki senarai Top 5.

Program ini bertujuan mencungkil bakat baru dari negara Asia serta menjadi landasan buat pemuzik serta anak seni berbakat untuk menempa kemasyhuran di pentas seni antarabangsa.

Selain Zarul, AHKB kini dianggotai Deeba (penya­nyi), Aan (gitar kedua), Rezal (bass) dan Amar (dram) dan bakal tampil dengan album berjudul Tiktok.

"Album ini memuatkan 11 lagu apabila 10 ciptaan saya dan satu 'cover version' Hing­ga Akhir Nanti nyanyian asal Alleycats. Deeba pula menyumbang idea menghasilkan lirik.

"Kami yakin album terbaru terbitan Happy Records ini boleh diterima peminat. Malah single pertama berjudul Jangan Tinggalkan Aku kini sudah mula diputarkan di stesen radio," kata­nya.

Menurut Zarul, proses rakaman album ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan dan ia menunjukkan kematangan AHKB dalam berkarya berbanding album sebelumnya.

"Mengikut pera­ncangan, AHKB akan me­ngadakan 'tour mini' selepas majlis pelancaran album selesai. Antara lokasinya ialah Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Seremban dan Shah Alam," ­katanya.

Baca : Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang  

Sumber : hmetro.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →