Wednesday, January 7, 2015

Lisa Surihani Kongsi Tips untuk tampak muda

Nama Lisa Surihani bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air kerana bakat dan kejelitaannya, dia dikelaskan sebagai 'beauty with brain' oleh peminatnya.

Manakan tidak, wanita cantik ini berkelulusan dalam bidang perundangan daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth.


Lisa Surihani Kongsi Tips untuk tampak muda, info, terkini, hiburan, sensasi, Lisa Surihani,

Lisa yang merupakan selebriti generasi baru yang hadir dengan pakej yang lengkap, sentiasa memastikan dirinya jauh daripada tekanan untuk kekal muda.

"Secara jujur, saya adalah individu yang manja dengan keluarga dan suami. Saya suka hidup dalam aura positif. Elak perasaan dengki atau kehidupan yang menyebabkan tekanan dan memberi kesan kepada psikologi,"ujarnya seperti dipetik dari majalah Eh!

Tambahnya lagi, penjagaan wajah amat dititik beratkan olehnya kerana dengan penjagaan yang baik dapat mengelak daripada masalah kulit yang lebih besar.

"Seperti rejim normal, saya memastikan wajah dicuci bersih, penyegar wajah, pelembap, serum dan juga krim siang dan malam.

"Saya mempunyai masalah pori di kawasan T-zone wajah. Penting untuk memastikan wajah bersih sebelum tidur bagi mengelakkan masalah wajah yang lebih besar."

Selain itu, Lisa juga tidak gemar untuk mengenakan solekan, melainkan ketika menghadiri majlis sahaja.

"Saya tidak begitu suka mengenakan solekan, melainkan ketika menghadiri majlis anugerah atau formal. Untuk hari-hari biasa, saya menggunakan krim CC untuk melindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu, olesan nipis maskara dan gincu sudah memadai."

Bagi Lisa, penjagaan dalaman juga penting untuk memberi keyakinan padanya ketika bertemu orang ramai.

"Kecantikan semestinya bermula daripada dalaman. Justeru, penjagaan oral adalah penting di mana ia mengelakkan penyakit dan memberi keyakinan ketika di khalayak ramai. Saya sentiasa memberus gigi, flos dan juga menggunakan cecair kumur untuk nafas segar dan bersih."

Baca : Konsert Menakluk Kosmos Wings Di Terengganu Ditangguhkan 

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →