Monday, January 12, 2015

Micheal Ang Dedah Status Terkini Hubungan Cinta Zizan Dan Emma Maembong

Emma Maembong dan Zizan Razak terus menjadi tumpuan peminat dengan hubungan mereka yang semakin complicated dan 'on off''.

Malah hubungan 'on off'' itu dikatakan berlaku ketika pasangan itu menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Hantu Wefie yang baru berakhir 4 hari lalu.


Micheal Ang Dedah Status Terkini Hubungan Cinta Zizan Dan Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, Micheal Ang, Zizan dan emma, kontroversi, emma dan zizan

Pengarah telefilem itu, Micheal Ang, bagaimanapun menafikan hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong sudah berakhir kerana ketika penggambaran, mereka berdua dilihat begitu mesra bersama dan tiada sebarang perubahan atau pertelingkahan di set.

Ini komen Micheal Ang: (MediaHiburan)

Saya terkejut apabila berita perpisahan mereka terpampang di akhbar dan portal online. Pelik juga kalau Emma dan Zizan berpisah kerana hubungan mereka berjalan seperti biasa.

Bahkan kelakuan mereka tidak menunjukkan bahawa pasangan ini bergaduh atau berpisah,

"Bagi saya, jika benar hubungan mereka bermasalah, mungkin mereka kini dalam situasi 'cooling period',

Bagi Micheal Ang, cerita mereka mungkin ditokok tambah oleh orang lain sehingga hubungan mereka nampak teruk.

Baca : Felixia Yeap Tegur Remaja Bertudung Peluk Artis KPOP 

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →