Monday, January 26, 2015

Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya

Pelakon yang  sebelum ini sering mencetuskan kontroversi, Miera Leyana, tidak mahu dirinya terus dihimpit dengan cerita negatif biarpun dia kini sentiasa cuba untuk meyakinkan orang ramai dengan kematangannya.


Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Miera Leyana

Pelakon kacukan Melayu-Cina ini, bimbang dengan kesan jangka masa panjang yang bakal dihadapinya jika dirinya terus dihukum dengan kesilapan lalu oleh sesetengah pihak.

“Tidak adil bagi seseorang artis yang pernah melakukan kesilapan untuk berterusan dilabel buruk sepanjang karier seninya."

“Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk meraih semula kepercayaan masyarakat. Bingung apabila masih ada pihak yang berterusan mengaitkan cerita lama,”ujarnya seperti dipetik daripada Utusan Online.

Miera sebelum ini pernah menghangatkan industri hiburan tanah air apabila mengenakan gaun pendek hingga menampakkan sebahagian payu daranya empat tahun lalu.


Miera Leyana Didakwa Tidak Serius Membina Kerjaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Miera Leyana

Namanya masih hangat diperkatakan lagi, apabila dia melakonkan adegan ranjang bersama Fizz Fairuz dan mengenakan bikini menerusi filem "Dendam Orang Mati".

Miera yang kini dikatakan mengelak daripada bertamu media dan lewat tiba dilokasi, turut mengulas bahawa dakwaan tersebut terjadi kerana kesilapan jadual pengambarannya.

“Saya sudah pun menjelaskan kepada pihak terbabit tentang situasi sebenar."

"Saya langsung tidak dimaklumkan tentang kehadiran media pada hari berkenaan. Tiba-tiba saja keluar gosip tersebut."

Tambah pelakon berusia 22 tahun ini, dia runsing apabila dikatakan tidak serius dalam membina kerjaya lakonannya dan ada pihak yang hanya memandang sebelah mata dengan bakat seninya.

“Kalau tujuh tahun dulu sewaktu saya mula-mula menceburi bidang lakonan ini, memang saya dilihat seperti ‘main-main’."

“Tapi sekarang, saya sudah lain. Sesuai peningkatan usia, pemikiran kita juga sudah bertambah matang. Sudah mampu menilai yang terbaik untuk masa depan,"katanya.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →