Thursday, January 8, 2015

Nomad Hadiahkan Tunku Jalil Sepasang Kasut Gucci

Penyanyi lelaki yang popular dengan lagu Tetap Menantimu iaitu Nomad dengan rasa bermurah hati menghadiahkan kasut Gucci kepada Tunku Jalil baru-baru ini.

Kasut yang bernilai GBP400 (RM2300) berwarna kuning jenis ‘high top sneakers’ kemasan kulit bukannya kanvas.

Nomad Hadiahkan Tunku Jalil Sepasang Kasut Gucci, info, terkini, hiburan, Nomad, Tunku Jalil

Nomad menghadiahkan kasut ini kepada Tunku Jalil sebagai tanda terima kasih dan penghargaan menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.

Sebelum ini Nomad pernah membuat persembahan di Konsert Amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru anjuran Tunku Jalil pada tahun lalu.

Memori itu dikongsikan menerusi Instagram Tunku Jalil yang mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menghadiahkan kasut itu.

Baca : Memey Suhaiza Beri Kejutan Hari Lahir Norman Hakim 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →