Monday, January 19, 2015

Nubhan bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.


Nubhan bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Nubhan

Nubhan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan pergigian.

"Bukan senang untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan sekarang saya sedang sibuk mencari duit lebih demi hari bahagia kami.

"Alhamdulillah, persediaan sedikit sebanyak sudah pun berjalan dan perbincangan selanjutnya akan dilakukan bersama apabila dia (Afifah) pulang sempena cuti semester tidak lama lagi," ujarnya seperti dipetik daripada Kosmo!

Pasangan ini bertemu pertama kali di Pulau Pangkor, Perak, enam tahun lalu ketika Nubhan sedang menjalani pengambaran dan Afifah pula bercuti bersama keluarganya di sana.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul "Kisah Kasih" ciptaan komposer Ajai manakala liriknya ditulis oleh Ad Samad kini sedang rancak dimainkan di stesen radio dan bakal melancarkan album keduanya "Romantika" pada hujung tahun ini.

"Selepas "Cinta Kasih" yang merupakan duet sulung saya bersama Mila berjaya mencuri perhatian dua tahun lalu, saya kembali dengan single solo terbaharu berjudul "Kisah Kasih". Ia mengisahkan luahan rasa seorang insan yang masih mendambakan cinta bekas kekasih walaupun sudah berpisah."

Tambah Nubhan lagi, dia kini lebih menumpukan kepada bidang nyanyian dan menguruskan perniagaan produk kosmetik berasaskan rumpai laut, Juwita Divine yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu.

"Buat masa sekarang, saya sudah tidak lagi aktif berlakon dan terpaksa menolak banyak tawaran berlakon. Selepas drama bersiri "Aku" sekitar dua tahun lalu, saya memutuskan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana risau gagal memberikan komitmen untuk penggambaran yang biasanya memakan masa yang panjang.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →