Friday, January 9, 2015

Pak Nil Wawancara bintang E! , Kim Kardashian di Los Angeles!

Mewawancara bintang-bintang E! Pop Of Culture  termasuklah team hosnya, barangkali menjadi impian kebanyakan wartawan akhbar mahu pun penyiaran tempatan.

Namun siapa sangka, peluang yang keemasan itu telah diperolehi oleh hos No.1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi apabila menjadi hos tempatan pertama yang dipilih untuk menembual bintang-bintang E! Channel serta rangkaian hos saluran E! secara eksklusif.

Pak Nil Wawancara bintang E! , Kim Kardashian di Los Angeles! , info, terkini, hiburan, sensasi, Aznil Hj Nawawi

Diterbangkan khas oleh E! News Asia ke Los Angeles sejak Khamis lalu, Datuk Aznil yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil telah berpeluang menemubual 2 bintang E! iaitu Kim Kardashian serta Christina Millian.

Tembual bersama Kim Kardashian dilakukan bersempena kemunculan Keeping Up With The Kardashians bagi musim yang terbaru iaitu musim kesepuluh.

Manakala Christina Milian yang semakin jarang menyanyi, bakal membuat comeback semula di dalam industri menerusi program realitinya bersama E!.

Bukan setakat itu, Pak Nil juga sempat berjumpa dan menembual hos-hos E! yang penuh kaliber seperti Ryan Seacrest serta Guiliana Rancic.

Malah, Pak Nil juga berkesempatan melihat hos-hos bintang E! membuat persiapan untuk acara malam kemuncak Anugerah Golden Globe yang akan bersiaran secara live.

Jom kita tengok foto-foto Pak Nil bersama bintang-bintang E! \termasuklah team hosnya. Kalau mahu melihat Pak Nil menembual kmereka , jangan lupa saksikan Hlive di Astro Ria. Pak Nil akan menceritakan segala pengalamannya itu dalam sebuah program khas hlive.

Baca : MLM 2014: Shuib Sepahtu Berjaya Buat Penonton Menitis Air Mata 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →