Thursday, January 8, 2015

Pelakon Drama Dee Puji Puteri Balqis

Pelakon-pelakon baharu yang membintangi drama bersiri Dee memberitahu berbangga dapat bergandingan dengan pelakon kanak-kanak terkenal Puteri Balqis Azizi.

Pelakon Drama Dee Puji Puteri Balqis, info, terkin, hiburan, sensasi Puteri Balqis, Drama Dee

Pelakon utamanya, Daiyan Trisha menganggap ia sebagai peluang kepada mereka untuk belajar cara kanak-kanak itu berlakon sehingga dipilih menjadi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Award 2014, Singapura pada Disember lalu.

"Bagi kami ia satu peluang baik dan sudah tentu berasa bangga dapat bekerjasama dengannya.

"Tiada rasa rendah diri sebaliknya kami banyak belajar sesuatu yang baru tentang lakonan daripada Puteri Balqis.

Pelakon Drama Dee Puji Puteri Balqis, info, terkin, hiburan, sensasi Puteri Balqis, Drama Dee
Puteri Balqis

"Terutama kami lihat cara dia tidak bermain-main dan sentiasa tahu apa yang ingin dilakonkannya membuatkan kami juga berbuat demikian," kata mereka kepada mStar Online, pada pelancaran drama Dee yang diadakan di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Drama bersiri tersebut ditayangkan setiap Ahad, pukul 11 pagi bermula pada 18 Januari ini di saluran Astro Ceria (611).

Selain Daiyan Trisha, dua peserta Akademi Fantasia 2014 iaitu Ewal dan Ziha turut menerajui drama 13 episod itu arahan Micheal Ang.

Sementera itu, Penolong Naib Presiden Astro Ceria & Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin berkata, drama tersebut sarat dengan pelbagai mesej bentuk hiburan dan dapat memberi pengajaran serta memberi inspirasi kepada penonton.

"Berdasarkan kejayaan dan penerimaan positif beberapa drama bersiri seperti Elly & Epit, Strawberry & Karipap dan 3 Campur 3 meyakinkan kami bahawa drama Dee ini mampu mencipta fenomena tersendiri.

Pelakon Drama Dee Puji Puteri Balqis, info, terkin, hiburan, sensasi Puteri Balqis, Drama Dee
Michael Ang (tengah) bersama mereka yang terlibat dalam Dee.

"Konsep drama muzikal yang ditekankan dalam drama ini juga pasti merancakkan lagi jalan cerita yang ringan dan mudah difahami," katanya.

Dee mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang berusia 18 tahun bernama Dee lakonan Daiyan Trisha bersama ibu (Amy Mastura) dan adiknya yang dilakonkan oleh Puteri Balqis.

Dee terpaksa melalui kehidupan baharu apabila berpindah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Drama ini turut dibintangi oleh Aedy Ashraf dan Zizan Nin.

Baca : Juliana Evans Dikaitkan Dengan Isu Zizan-Emma 

Sumber : mstar.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →