Sunday, January 18, 2015

Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila" Gimik Produksi?

Penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya pihak produksinya Skop Production dan Viper Studios merancang gimik penonton diserang histeria ketika menonton filem terbaru arahan anaknya Syafiq Yusof "Villa Nabila" baru-baru ini.


Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, villa nabila

Menurut Yusof, dia hanya mengetahui mengenai video penonton diserang histeria ketika menonton wayang di TGV Cinemas, AEON Tebrau, Johor Bahru selepas diberitahu oleh anaknya, Syafiq.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian itu dan selepas dimaklumkan anak saya, Syafiq, saya memang terkejut. Malah dia akui terperanjat mengenai kejadian berkenaan.

"Sejujurnya, produksi kami tidak pernah terlibat dalam kerja gimik murahan begitu. Ia berlaku di luar pengetahuan kami. Saya bertanya kepada Syafiq dan dia menafikan.

"Kemungkinan besar, penonton terlalu fobia dengan filem itu dan emosinya terbawa-bawa. Malah sebelum ini isteri saya turut menjerit ketika menontonnya namun tidaklah sampai terkena histeria," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Yusof Haslam berkata, dia bersyukur apabila "Villa Nabila" mendapat kutipan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM350,000 selepas dua hari tayangan.

"Alhamdulillah, selama dua hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura, "Villa Nabila" berjaya mengutip RM350,000 dan untuk tiga hari, saya menjangka ia akan bertambah ke RM500,000.

"Saya melihatnya sebagai satu kejayaan buat Syafiq di mana filem ini adalah filem eksperimental bajet sederhana."

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →