Tuesday, January 20, 2015

Punca Air Mata Neelofa Tumpah Melihat Mangsa

Semenjak banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini, ramai selebriti yang turun padang membantu mangsa banjir salah satunya pengacara popular Neelofa dan beberapa rakan artis yang lain. Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.

Punca Air Mata Neelofa Tumpah Melihat Mangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, Mangsa Banjir

Lebih menggembirakan apabila ‘Siti Nurhaliza Beri Sumbangan Banjir RM310,000 Sempena Hari Jadi‘ malah ‘Misi Bantuan Banjir Fouziah Gous Di Manik Urai‘ sekurangnya dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

Neelofa sendiri yang berasal dari Pasir Mas melahirkan rasa kesedihan melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya. Neelofa turut mengerti luka pedih yang ditanggung oleh penduduk Kuala Krai yang menjadi mangsa banjir.

    “Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.

Perasaan sebak menyelubungi diri Neelofa keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan dirinya sedih mengenangkan nasib mereka. Lebih-lebih lagi rumah yang dihanyutkan air dan tidak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah.

Punca Air Mata Neelofa Tumpah Melihat Mangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, Mangsa Banjir


“Saya terfikir macam mana mereka nak memulakan kehidupan baharu. Ada rumah yang musnah dan langsung tak boleh digunakan dan mereka terpaksa membina khemah di kawasan lain.

“Bila malam mereka terpaksa menggunakan lilin dan tandas pula hanyalah sungai . Ini memang pengalaman yang cukup menginsafkan saya.

“Apabila kita beri bantuan bahan makanan, mereka tidak boleh memasak kerana dapur sudah dihanyutkan arus. Sebab itu saya fikir sumbangan wang ringgit lebih penting buat masa ini.

“Setidak-tidaknya mereka boleh menggunakan wang itu untuk membeli keperluan asas dan membina kembali kediaman yang telah musnah,”

Punca Air Mata Neelofa Tumpah Melihat Mangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, Mangsa Banjir

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on

Bukan Neelofa sahaja bersedih dengan kejadian banjir menimpa Malaysia namun rakyat yang lain turut bersedih dengan tragedi tersebut. Penulis dapat lihat usaha murni sukarelawan dalam membantu mangsa banjir, pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mangsa yang terlibat. Namun disebalik kisah tersebut ‘Abby Abadi Mohon Sukarelawan Banjir Menutup Aurat‘.

Ada benarnya apa yang ingin disampaikan oleh Abby Abadi sekurangnya dapat mengelakkan orang lain melakukan dosa. Opss tahniah diucapkan diatas usaha murni Neelofa dan rakan artis yang lain. Kebaikan disyukuri, hanya pencipta dapat membalas jasa baik mereka yang terlibat.


Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →