Saturday, January 24, 2015

Punca Fasha Sandha Tolak Tawaran Anak Jadi Model Iklan

Pelakon popular Fasha Sandha kini terpaksa menolak tawaran untuk anak-anaknya menjadi model kanak-kanak dalam dunia periklanan. Bagi pendapat penulis sendiri, tindakan Fasha Sandha sangat bijak kerana anak-anak masih kecil dan tidak seharusnya terdedah dengan dunia modelling, lagipun Fasha Sandha masih mampu memberikan kehidupan yang terbaik untuk anaknya Putra Rayfal Ramli yang berusia setahun dan Putri Raysha Jemaima, 2 bulan. 
Punca Fasha Sandha Tolak Tawaran Anak Jadi Model Iklan, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, Fasha Sandha, Anak Fasha Sandha
Mengimbas memori ‘2 Gambar Comel Anak Fasha Sandha Dari Camora Art’ dan ‘16 Gambar menarik Anak Kedua Fasha Sandha, Putri Raysha Jemaima‘, sangat comel dan memang layak ditawarkan jadi model kanak-kanak.


Punca Fasha Sandha Tolak Tawaran Anak Jadi Model Iklan, info, terkini, hiburan, sensasi, Gosip, Fasha Sandha, Anak Fasha Sandha

Bukannya Fasha Sandha menolak terus tawaran tersebut tetapi kerana tidak bersesuai dengan umur anaknya. Fasha Sandha sendiri akui yang dirinya masih belum bersedia dan mungkin suatu hari nanti Fasha Sandha akan menerima tawaran tersebut untuk anaknya terlibat sebagai model kanak-kanak dalam dunia periklanan.

    “Ada tawaran untuk iklan produk tapi saya terpaksa tolak kerana bagi saya mereka masih terlalu kecil lagi untuk terlibat dengan bidang tersebut.

    “Buat masa ini biarlah mereka jadi duta produk kosmetik saya sahaja dahulu yang akan keluar tidak lama lagi,”

Sebelum ini juga ‘Fasha Sandha Buka Ruang Niaga Percuma Di Instagram‘, nampak sangat Fasha Sandha tidak berkira dengan peminat malah membantu peminatnya untuk berniaga. Susah tau nak jumpa artis yang baik hati seperti Fasha Sandha.

Menerusi Mstar juga, Fasha Sandha mengulas tentang anak-anak selebriti yang sering mendapat perhatian dan tawaran iklan ketika masih bayi.

    “Ia terpulang kepada individu itu untuk membenarkan anak mereka terlibat dengan kormersil atau tidak. Apa yang penting mereka lebih tahu tentang anak mereka,”

Kini kehidupan Fasha Sandha lebih bahagia dan lengkap dengan kehadiran dua cahayamata lagipun anak pertamanya sudah boleh memanggilnya ‘bu’ atau singkatan kepada ibu beberapa hari lalu. Tahniah dan semoga kehidupan Fasha Sandha lebih bahagia daripada kehidupan sebelum ini.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →