Thursday, January 15, 2015

Punca Nazim Othman Kecam Peminat Biadap Di Instagram

Pelakon lelaki  dan juga bekas pramugara Nazim Othman akui membalas komen peminat yang berbaur negatif di Instagram miliknya.


Punca Nazim Othman Kecam Peminat Biadap Di Instagram, info, terkini, hiburan, pelakon, gossip, Nazim Othman

Dia yang mempunyai pengikut lebih 300 ribu orang namun komen yang tidak elok yang cuba menjatuhkan maruahnya wajar di buang untuk mengelakkan daripada terus berleluasa.

“Saya memang suka muat naik gambar, terutama percutian saya di mana sahaja saya pergi, tapi saya pelik, gambar saya bercuti pun nak komen yang negatif.”

“Kadang-kadang saya balas juga komen negatif itu dengan pendapat saya, malah ada juga saya ‘block’ pemilik akaun yang sengaja mencari masalah dengan saya,” ujar Nazim kepada portal murai.com.my.

Nazim Othman yang ditemui media di Majlis Nivea Cool Kick Triple Shield di ibu negara akui yang di gemar melancong ke luar negara kerana hobi dan minatnya.

“Memang saya suka melancong, melihat budaya dan cara hidup masyarakat luar yang unik. Ia sekaligus memberi pengalaman yang cukup indah untuk kepuasan diri sendiri.”

“Untuk tahun 2014 memang saya akui, kurang berlakon dengan mana-mana produksi  kerana ia adalah tempoh rehat saya untuk melonggar-longgarkan otot dan anggota badan,” seloroh Nazim.

Mengenai tragedi yang menimpa industri penerbangan negara terutama MH370, MH17 dan QZ8501 Nazim memberi komen usah gentar untuk menjadi pramugara mahupun pramugari terutama kepada anak-anak muda yang minat bekerja di awan biru.

“Kepada mereka yang minat bekerja untuk menjadi krew penerbangan, jangan hilang semangat, tragedi-tragedi yang berlaku terhadap industri penerbangan negara itu hanya bersifat sementara, jangan takut okay,” katanya mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →