Monday, January 19, 2015

Punca SYJ Tersingkir Di MLM 2014

Jep Sepahtu yang kembali ke pentas Maharaja Lawak Mega 2014 setelah mengidap demam denggi minggu lalu ternyata masih bertenaga untuk terus berjuang bersama Shuib. Dengan tema Trend Terkini dan Radio, mereka dilihat tetap berjaya mencuri hati penonton dan juga juri.


Punca SYJ Tersingkir Di MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kumpulan SYJ, MLM 2014

Bagaimanapun, perjuangan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Jihan Muse, Yassin dan Syuk berakhir semalam selepas menerima undian terendah di minggu kesepuluh.


Punca SYJ Tersingkir Di MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kumpulan SYJ, MLM 2014

Selain SYJ... Nabil dan Zero turut tersenarai sebagai peserta di kelompok tiga terbawah.

"Terima kasih kepada para peminat dan penonton yang sentiasa menyokong kumpulan SYJ seawal minggu pertama MLM 2014 bersiaran. Semoga anda terhibur dengan persembahan kami dan jujur kami akui kadangkala kami sendiri tak tahu apa kami buat di atas pentas ini.

"Setidaknya apa yang kami cuba sampaikan itu diketahui Allah SWT. Teruskan menyokong kumpulan SYJ dan kami tidak akan berhenti di sini sahaja," ujar Jihan dan Yassin dipetik sebagai berkata melalui Astro Gempak.

Punca SYJ Tersingkir Di MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kumpulan SYJ, MLM 2014

Kini, hanya tinggal enam kumpulan sahaja lagi yang akan berentap untuk mendapatkan tempat ke peringkat akhir.

Kumpulan manakah yang anda fikir layak ke akhir dan sekaligus dinobatkan sebagai juara?

Sumber : myartis.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →