Sunday, January 4, 2015

Rating Menaik: Drama Suamiku Encik Sotong Dapat Sambutan Ramai

Mendapat kritikan dan didakwa mengetengahkan budaya bertentangan dengan ajaran Islam nampaknya tidak memberikan sebarang kesan negatif apabila drama adaptasi novel Suamiku Encik Sotong mendapat sambutan dan rating meningkat naik.


Drama Suamiku Encik Sotong Dapat Sambutan Ramai, Suamiku Encik Sotong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip,

Menurut penerbit eksekutif Zetty Alia, drama Suamiku Encik Sotong mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta orang penonton setiap kali ia bersiaran.

Sejak episod pertama disiarkan ia mendapat rating 1.3 juta dan angka itu bertambah setiap minggu ia bersiaran. Ini bermakna, biarpun ia dikritik tetapi masih menjadi perhatian dan pilihan penonton.

Walaupun terdapat unsur negatif dalam drama Suamiku Encik Sotong, ia juga memberikan pengajaran pada masa yang sama.

    “Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.

    Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.”

    Jelas Zety Alia masyarakat tidak seharusnya memberikan tanggapan dan kritikan pada peringkat awal dan harus menonton drama tersebut sehingga episod terkahir jika ingin membuat sebarang konklusi.

    “Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini.”

Sebelum ini bukan sahaja jalan cerita drama mendapat komen negatif, tetapi lakonan Sharnaaz Ahmad sebagai lelaki lembut dalam Suamiku Encik Sotong turut dijadikan bahan untuk dikritik.

Mengulas tentang lakonan Sharnaaz Ahmad , Zetty menganggap pelakon itu sudah memberi lakonan seperti yang diharapkan.

Drama Suamiku Encik Sotong bersiaran setiap hari Isnin pada jam 10 malam di Astro Ria.

Baca : Akhirnya Zarina Zainuddin Dedah Rahsia Wajah Suami & Madu 

Sumber : wowartis.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →