Pelakon Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan pihak dalaman drama bersiri "Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa" kononnya dia semakin besar kepala apabila menuntut pelbagai permintaan sehingga menjejaskan penggambaran drama.
"Saya tak tahulah siapa yang bercakap, tapi perkara ini mudah saja sebenarnya. Saya datang set bukan untuk berseronok, tapi berkarya. Jadi saya tetapkan beberapa syarat bagi memudahkan penggambaran.
"Tak apalah kalau mereka sudah tak suka sekarang sedangkan itu perkara pertama saya tetapkan sebelum ikat kontrak dulu, tapi sekarang merungut pula?
"Kalau tak suka kenapa bersetuju pada awalnya?" soal Sharnaaz yang dipetik dari Harian Metro.
Menurut pelakon berusia 30 tahun itu lagi, syarat yang diletakkan olehnya adalah munasabah dan bersesuaian dengan kerjayanya.
"Sebelum penggamabran bermula kami sudah berbincang mengenai syarat tertentu dan dipersetujui bersama. Selain berlakon saya ada tanggungjawab dengan perniagaan pusat gimnasium saya yang baru beroperasi.
"Jadi saya minta jadual penggambaran saya bermula jam 10 pagi berbanding pelakon lain. Saya minta bersebab dan bukan suka-suka apabila saya kena mulakan perniagaan gimnasium awal pagi dan melakukan senaman otot dulu sebelum ke set penggambaran."
Tambahnya lagi, dia juga meminta pihak produksi menyediakan menu makanan mengikut diet senaman kerana dia kini dalam proses membina badan.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menyuarakan rasa kesalnya apabila permintaannya untuk bercuti daripada tempoh penggambaran menjadi isu dalam produksi.
"Jadual penggambaran itu dibuat manusia jadi sudah tentu ia boleh diubah mengikut kesesuaian semua. Ini tidak, cuti saya dipadamkan semata-mata nak puaskan hati orang tertentu.
"Tak adillah kalau macam itu saya pula jadi mangsa."
Baca : Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda

Sumber : tupai.com.my