Monday, January 12, 2015

Slash bakal menggegarkan Malaysia!

Petikan gitar dari pemain gitar lagenda, Slash akan menggegarkan Malaysia pada 14 Februari ini bersempena dengan sambutan Hari Kekasih.

Slash bakal menggegarkan Malaysia!, info, terkini, hiburan, sensasi Slash Gun n roses,


Pemuzik yang juga pemain gitar kumpulan Guns N' Roses ini akan mengadakan persembahan di Sunway Lagoon Surf Beach bersama ahli kumpulannya Myles Kennedy dan The Conspirators buat julung kalinya, bagi mempromosikan albumnya yang berjudul "World On Fire".

Artikel Terdahulu :  


Ini bukan kali pertama Slash membuat persembahan di Malaysia kerana pada tahun 2010, Slash pernah membuat persembahan solo.

Slash bakal menggegarkan Malaysia!, info, terkini, hiburan, sensasi Slash Gun n roses,


Konsert yang diberi nama "Slash World On Fire Featuring Myles Kennedy and The Conspirators Live in Malaysia 2015" ini dianjurkan oleh Galaxy Group yang sebelum ini pernah membawa kumpulan lagenda rock Metallica ke Malaysia pada tahun lalu.

Tiket konsert boleh didapati di kaunter tiket Galaxy di Mid Valley dan Sg Wang dengan harga RM348, RM278 dan RM168.

Tiket juga boleh didapati melalui dalam talian di www.buytickets.com.my.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Galaxy Group ataupun di Facebook mereka.

Baca : Ziha AF2014 Tampil Mohon Maaf  

Sumber : tupai.com.my

Artikel : Slash Bakal Gegarkan Malaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →