Saturday, January 3, 2015

Sylvester Stallone Sahkan Kemunculan Filem Rambo 5

Bintang filem terkenal Hollywood, Sylvester Stallone mengesahkan yang filem kelima dari francais Rambo bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Sylvester Stallone Sahkan Kemunculan Filem Rambo 5, info, terkin, filem baru, rambo 5, sylvester stallone, Bintang filem terkenal Hollywood

Menerusi akaun Twitter rasmi aktor itu, Stallone berkata filem kelima Rambo itu akan diberikan tajuk Last Blood: Rambo.

Bagi peminat filem aksi veteran, sudah pastinya mengenali nama Rambo yang begitu popular menerusi francais filemnya sekitar era 80-an dulu. Francais ini dimulakan dengan filem pertamanya, First Blood pada tahun 1982. Ianya kemudian diikuti dengan Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988), dan John Rambo (2008).

Filem kelima Rambo ini menurut Stallone bakal berkisarkan watak itu berhadapan dengan kartel dadah dari Mexico.

Buat masa ini, Stallone turut memberitahu yang dia sedang terlibat dengan penggambaran filem spin-off Rambo iaitu Creed selain sedang menyiapkan filem Scarpa yang merupakan biopik kepada mafia terkenal, Gregory Scarpa.

Scarpa bakal menemui penonton pada tahun ini, manakala Creed dan Rambo 5 akan muncul di pawagam pada 2016.

Baca : Aku Nak Jadi Hos Nona/WHI 2015, Kau Mampu?  

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →