Friday, January 9, 2015

Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta

Sukar untuknya menerima tawaran beraksi di pentas teater, namun, selepas melihat naskhah Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta, hatinya terpanggil untuk sama-sama mengalunkan nama Nabi Muhammad SAW sempena hari kelahirannya yang diraikan pada 3 Januari lalu.


Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi Cilik Tegar, teater Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta

Meskipun sukar berikutan sebutan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia sedikit berbeza, penyanyi cilik Tegar berusaha memperbaiki mutu sebutannya malah dia turut mengambil kelas vokal bagi memantapkan lagu yang dipersembahkannya pada teater berkenaan yang sudah pun berakhir 7 Januari lalu.

Bertemu penyanyi dari seberang ini, Tegar berkata, tawaran membabitkan diri dalam teater arahan Erma Fatima itu diterima selepas ditawarkan sendiri oleh Ketua Pengarah, Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Ketika saya berada di sini untuk menghadiri sebuah persembahan saya sempat bertemu Datuk Juhari dan ketika berbual dengannya dia turut menawarkan saya berlakon teater.

"Pada mulanya, saya enggan kerana di Indonesia sendiri sudah banyak tawaran berlakon teater berbentuk Islamik saya tolak. Saya belum yakin untuk melakukannya.

"Dengan menyebut nama-nama Allah SWT dan para rasul kita ia sesuatu yang sukar bagi saya bimbang tersalah sebutan akan menjadi masalah.

"Namun melalui teater Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta ini saya cabar diri untuk menerimanya apatah lagi tawaran diberikan orang kuat Istana Budaya dan bukan semua orang mampu beraksi di pentas tersohor itu.

"Tidak dinafikan pada mulanya, agak sukar kerana sebutan bahasa saya dengan bahasa Melayu sedikit berbeza. Namun berkat bantuan guru vokal saya berjaya melakukannya," katanya yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Nabi Anak Yatim.

Bekerjasama dengan Erma juga satu pengalaman baru buat Tegar, apatah lagi mendapat bantuan daripada pelakon dan kru produksi terbabit membuatkan dia berharap diberi peluang beraksi di pentas ternama itu lagi.

Dalam pada itu, mengulas perkembangan terbarunya Tegar berkata, tidak lama lagi dia akan melancarkan album Ke Mana Kasih Sayang di Indonesia. Ini kerana, album berkenaan terlebih dulu dilancarkan di sini.

Selain itu, dia turut mendapat tawaran mengadakan konsert besar di Singapore Expo, namun segala-galanya masih dalam perbincangan.

"Mengikut perbincangan konsert itu akan berlangsung pada April nanti. Apa pun ia masih dalam perbincangan dan doakan semuanya berjalan lancar.

"Walaupun sibuk dengan bidang nyanyian saya masih meneruskan pelajaran seperti biasa di rumah. Sekarang ini guru bahasa Inggeris akan datang mengajar.

"Semua ini saya lakukan bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris seiring dengan kerjaya saya yang banyak bertemu pelbagai golongan masyarakat," katanya.

Baca : Cinta Yusry dan Lisa Surihani Bertambah Kukuh 

Sumber : hmetro.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →