Sunday, February 1, 2015

Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan

Pengarah dan pelakon terkenal Afdlin Shauki menerusi laman sosial Facebook miliknya mempersoal kelayakan bintang terkenal dunia Jackie Chan apabila menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.


Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

"Beri gelaran Datuk kepada orang yang sanggup menggadai nyawa untuk orang lain ketika waktu bajir la. Jadikan gelaran Datuk itu sesuatu yang bermakna. Ini hanya pandangan saya," tulis Afdlin di laman sosial Facebook miliknya.
Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

Tambah Afdlin lagi, ia lebih baik jika gelaran tersebut diberi kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini daripada kepada bintang antarabangsa itu yang mungkin tidak membawa sebarang erti kepadanya.

"Apalah sangat gelaran Datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran Datuk."

Dalam pada itu, dalam satu lagi entri statusnya di Facebook, Afdlin turut mengucapkan tahniah kepada Jackie Chan diatas penerimaan darjah kebesaran tersebut.


Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

Sementara itu, Afdlin yang juga merupakan salah seorang peminat Jackie Chan turut berharap bintang itu tinggal di Malaysia supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada pembikin filem untuk menghasilkan filem yang baik.

"Ajar kami bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik, ajar kami bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan industri perfileman kami. Ajar kami.." tulisnya.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →