Monday, February 23, 2015

Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak mengakui dia kini mahu memberi perhatian kepada bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015, info, terkini, hiburan, sensasi,

Menurut Amir yang kini berusia 27 tahun, tindakannya itu adalah atas kesedaran mengenai tanggungjawabnya selepas berumah tangga dan mahu mencari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.


Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015, info, terkini, hiburan, sensasi,

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Amir dan tunangnya Nur Intan Syafinaz akan bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana bertempat kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh sementara majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan.

Sumber : rotikaya.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →