Monday, February 23, 2015

Ayda Jebat Tak Mahu Digelar Bintang Mee Segera

Pelakon Ayda Jebat atau nama sebenar  Nor Syuhada Jebat  23, tidak mersakan dirinya akan menjadi ‘demand’ mahupun meletakkan harga yang tinggi selepas meraih Anugerah Top Top MeleTOP (AME2015).


Pelakon Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Bagi dirinya amat tidak wajar kerana nawaitu yang paling penting ialah keikhlasan untuk berlakon demi peminat drama tv tempatan.

“Walaupun soalan itu agak klise, tetapi saya akan jadi diri sendiri, perangai gila-gila dan ‘no diva-diva’, saya akan layan peminat saya seperti mana sebelum ini.

“Jadi tak perlulah nak ‘demand’, yang penting saya kena jaga momentum kerja saya kerana tak mahu digelar sebagai bintang mee segera iaitu menang satu anugerah atau popular dengan satu drama selepas itu terus hilang dalam industri,” ujar Ayda.

Ayda yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil berharap drama terbarunya ‘Suami Sebelah Rumah’ dapat kekalkan peminatnya untuk menonton drama itu.

“Drama ini saya berlakon bersama Izzue Islam, antara permintaan peminat saya untuk berlakon dengannya. Alhamdulilah saya dapat berkerjasama dengan Izzue dan saya seronok bekerjasama dengan Izzue dan tenaga produksi Sheila Rusly.

“Selain itu, ‘Suami Sebelah Rumah’ juga adalah drama pertama mengisi slot IRIS yang disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis di TV3.

“Saya harap drama ini menjadi trending dan dapat membantu mengekalkan populariti saya dan kerjaya saya, jangan lupa menonton drama ini yer,” kata Ayda mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →