Pasangan selebriti Azad Jazmin dan Eira Syazira bersedia dengan tindakan saman oleh pemilik syarikat Rania Marketing, Datin Muniroh Kasim dan Datuk Suhaimy Othman kerana didakwa memfitnah syarikat itu melakukan penipuan ke atas pelabur.
"Jika mereka ingin saman kami berdua, saya tidak kisah kerana itu hak peribadi masing-masing. Tiada perkara yang ingin kami takutkan kerana kami berada di pihak yang benar," kata Eira kepada Kosmo!
Tambah aktres berusia 31 tahun itu lagi, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat tersebut selepas tujuh bulan menyertainya kerana pelabur bawahan mereka mengadu tidak mendapat pulangan bonus seperti yang dijanjikan.
"Ingin saya tegaskan, kami berdua sudah tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing. Saya tidak mahu beri kenyataan lanjut kerana bimbang diputar belit.
"Tetapi saya berjanji akan jelaskan hal sebenar dan membawa bukti pada satu sidang akhbar yang akan diadakan dalam masa terdekat."
Sumber : tupai.com.my