Sunday, February 15, 2015

Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio

Penyanyi popular Ning Baizura menyuarakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah pihak stesen radio yang sukar memutar lagu-lagunya.


Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ning Baizura

"Kadang-kadang ada album baru pun tak guna juga sebab lagu tak diputarkan di radio.

"Sudah lebih lima tahun, saya hadapi masalah ini. Tambahan, pula semua stesen radio agak memilih lagu untuk dimainkan. Pastinya setiap stesen radio itu ada agenda mereka tersendiri," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Berikutan itu, Ning berkata dia kini lebih tertumpu kepada perkhidmatan radio indie Raku oleh Astro yang menawarkan podcast.

"Sebagai artis kita boleh mengeluarkan koleksi lagu sendiri dan mereka akan memutarkannya. Dalam mengatasi perkara ini, kita harus kreatif dalam mempromosikan dan giat berusaha.

Dalam pada itu, Ning turut berkata tahun ini dia akan menumpukan pada aktiviti kebajikan sebagai tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

"Saya baru saja menjayakan konsert amal yang bertujuan untuk mengutip derma kilat bagi mangsa-mangsa banjir.

"Malah pada bulan ini saya akan terlibat dengan pelbagai persembahan melibatkan kerja-kerja amal."

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →