Wednesday, February 11, 2015

Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat

Penyanyi pop kesayangan ramai, Ning Baizura telah diberikan pengiktirafan Country Branding Awards oleh The BrandLaureate dalam satu majlis yang telah diadakan malam tadi.


Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat, info, terkini, hiburan, sensasi, Ning Baizura

Ning Baizura ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, kejayaannya itu bukanlah kejayaannya seorang malahan atas kerja keras syarikatnya Happenings Malaysia Sdn Bhd selama ini.

Malah penyanyi Awan Yang Terpilu itu melahirkan rasa syukur apabila pembabitannya sebagai seorang anak seni telah diiktiraf oleh kelompok dalam bidang korporat.

"Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan anugerah ini yang dikhususkan atas kerja keras dan pencapaian saya di dalam negara dan di luar negara.

"Bukan kejayaan saya seorang, jadi ini bermakna, syarikat saya perlu lebih bekerja keras pada masa akan datang untuk membuktikan pengiktirafan ini tidak sia-sia,"katanya.

BrandLaureate Awards telah diperkenalkan oleh The BrandLaureate sempena Asia Pacific Brands Foundation bagi mengiktiraf pencapaian bertaraf dunia sama ada untuk orang perseorangan atau syarikat korporat.

Menerusi syarikatnya Happenings (M) Sdn Bhd, Ning Baizura telah berjaya menganjurkan beberapa program berteraskan hiburan dan korporat antaranya KL Garden Fest Dan KL Kids Fest.

Ning Baizura juga sempat berkongsikan video kejayaannya khusus untuk pembaca setia portal murai.com.my.



Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →