Tuesday, February 3, 2015

Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael

Dah lama tak dengar perkataan ‘Mat Saleh Celup’. Rasa geli ulu hati membacanya. Secara jujur, kesian juga dengan nasib yang menimpa Nurul Wahab apabila nama anak terbarunya, Raphael menjadi topik perbualan ramai. Ramai yang menganggap Nurul perasan nak jadi omputih dan menggelar penyanyi itu sebagai ‘Mat Saleh Celop’ semata-mata kerana menamakan anaknya dengan nama Raphael.


Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nurul wahab, nurul depp

Nama Raphael adalah nama salah seorang malaikat. Bukannya nama omputih di England, Spain atau pun Venezuela. Mungkin ejaannya yang agak berbeza dan nampak agak ke’orang’ putihan. Namun itu semua tak ada masalah asalkan makna nama tersebut baik. Biasalah bab-bab nama anak ini memang topik hangat di kalangan orang Melayu. Selagi senang menyebut, tak berapa panjang dan membawa makna yang elok, itupun dah cukup bagus. Kata Nurul:-

    Setelah saya mengumumkan nama Raphael, saya mendapat banyak teguran. Malah ada juga yang mengkritik saya sebagai mat salih celup gara-gara nama anak. Sedangkan saya sudah bertanyakan kepada beberapa orang alim sebelum memberikan nama itu kepada anak saya.


Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nurul wahab, nurul depp

Untuk makluman, menurut Nurul, nama Raphael diambil daripada bahasa Hebrew yang bermaksud Israfil iaitu malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Selain itu, Raphael juga bermaksud penyembuh. Dah cantik dah maknanya tue kan? Entah kenapa masih ada yang dengki. Agak pelik dengan orang kita ini. Nama anak sendiri letak macam nama pelakon Sepanyol sampai tak penuh kad pengenalan, lepas tue boleh pulak kutuk nama anak orang lain. Ish,ish,ish. Sumber Utusan.

Sumber : beautifulnara.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →