Wednesday, February 4, 2015

Putus Cinta Bukan Kerana Orang Ketiga - Fathia Latiff

Nama pelakon Fathia semakin meningkat naik setelah membintangi drama Ariana Rose suatu ketika dahulu. Kerana kejelitaan dan bakat dalam bidang lakonan membuatkan ramai jejaka mengimpikan gadis sepertinya. Chewah! Tetapi kenapa gosip ‘Muka Fathia Teruk Kerana Botox‘ muncul?? Pelik!


Fathia Latiff, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aiman hakim

Setelah berita menggembirakan ‘Fathia Dilantik Duta Wangian Avon‘ dan ‘7 Gambar Jelita Fathia Di Majlis Pelantikan Sebagai Duta Avon‘ tersebar kini muncul pula gosip putus cinta Fathia dengan kekasihnya Aiman Hakim Redza. ‘Fathia Latiff Akui Hubungan Cinta Berakhir‘ melenyapkan segala tanda tanya selama ini yang dengarnya hubungan mereka mempunyai masalah.


Fathia Latiff, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aiman hakim

Kenyataan tersebut telah mengejutkan pelbagai pihak malas ramai yang meminta supaya mereka kekal bersama. Namun, Fathia sekaligus menolak gosip yang dirinya putus cinta disebabkan orang ketiga.

Antara kenyataan bijak Fathia berhubung kisah putus cintanya:-



    “Dalam hal ini saya percaya pada jodoh. Kalau Tuhan cakap antara saya dan dia tidak boleh bersama, pasti takkan jadi. Apa yang saya boleh katakan, punca putus cinta ini bukan kerana kehadiran pihak ketiga. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan.

    “Bukan apa, makin banyak saya bercerita, lagi banyak spekulasi yang timbul. Jadi, biar saya tenangkan diri dahulu dan beri saya masa,”

Sayangnya! hubungan mereka selama ini nampak bahagia seakan tiada apa yang berlaku. Rupanya hubungan mereka retak disebabkan perkara tertentu. Mungkin Fathia masih terlalu muda untuk bercinta, tak gitu? Atau mungkin mereka bakal bersatu kembali? sama-sama kita tunggu.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →