Sunday, February 8, 2015

Rosma Dan Khai AF Kini Buka CoffeeRich Cafe

Telah lama tidak mendengar perkembangan terkini mengenai Khai dan Rosma bintang kelahiran Akademi Fantasia. Semenjak akhir-akhir ini semakin ramai selebriti yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan antaranya ‘Fasha Sandha Ceburi Bidang Perniagaan‘, ‘Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Aktif Perniagaan Tudung‘, ‘Aaron Aziz: Buka Kidz And Creme‘ dan ramai lagi.


Rosma Dan Khai AF Kini Buka CoffeeRich Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, Rosma dan Khai


Kini pasangan romantis Khai dan Rosma telah membuka kafe di sebuah pusat beli-belah di Cheras Selatan yang diberi nama CoffeeRich Cafe by Khai Rosma telah beroperasi sejak 15 Januari lalu.


Rosma Dan Khai AF Kini Buka CoffeeRich Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, Rosma dan Khai

Apa yang lebih menarik, Khai dan Rosma akan sentiasa berada di cafe tersebut bagi memantau perniagaan dan melayan pelanggan. Jadi kepada semua peminat pasangan ini boleh la ke CoffeeRich Cafe by Khai Rosma yang terletak di pusat beli-belah di Cheras Selatan. Keduanya pandai mengambil hati pelanggan tau!


Rosma Dan Khai AF Kini Buka CoffeeRich Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, Rosma dan Khai

Tahniah diucapkan kepada Khai dan Rosma kerana berjaya memiliki perniagaan sendiri dan kalau nak tahu Rosma juga ada mengeluarkan produk pelangsing badan, owhhh! patut la semakin kurus je penulis lihat Rosma ni. Lebih-lebih lagi makin cantik selepas ‘Rosma AF Sudah Bertudung‘.

Peminat yang merindui pasangan ini boleh berkunjung ke kafe mereka. Sambil menikmati juadah boleh berbual kan. Rasa nak pergi juga lah. Opss! Semoga perniagaan CoffeeRich Cafe by Khai Rosma mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki gituh.

Sumber : gosipmalaysia.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →