Wednesday, February 11, 2015

Sherry Alhadad Idamkan Kekasih Berkulit Hitam Manis

Pelakon Sherry Alhadad akui mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain untuk memiliki kekasih dan disayangi antara satu sama lain.


Sherry Alhadad Idamkan Kekasih Berkulit Hitam Manis, info, terkini, hiburan, sensasi, Sherry Alhadad

Buah hati yang dia idamkan itu mestilah seorang yang penyayang, baik hati serta mempunyai warna kulit yang hitam manis.

“Biasalah siapa yang tak mahu diri disayangi dan dikasihi tapi nak buat macam mana belum ada yang nak, jadi beginilah status diriku masih single dan gebu.

“Berkulit hitam manis seperti Remy Ishak itu kalau berjaya ditemui memang bonus buat saya, dan berharap impian saya itu menjadi kenyataan,” kata Sherry kepada portal Murai.com.my sambil tergelak besar.

Sherry Alhadad ditemui wartawan di Majlis Pratonton Teaser Teater Diari Wanita turut akui kerjayanya sebagai seorang pelakon semakin sibuk dan mengah dibuatnya.

“Alhamdulilah, kerjaya sebagai lakonan semakin baik begitu juga dengan hos TV, semuanya rezeki dan saya berharap ianya mendapat sokongan yang baik oleh penonton.

“Sekiranya ada yang kurang baik sila-silalah komen yer…  kalau nak komen kat media sosial tu boleh tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya sambil tergelak besar.

Sherry antara teraju utama selain Misha Omar dan Amy Mastura membintangi Teater Diari Wanita yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 Februari hingga 16 Februari ini.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →