Ketat ke? Ada sesetengah yang kata ketat, ada pula yang kata tidak tapi majoriti tetap tak berpuas hati apabila Uqasha Senrose memilih untuk menggayakan busana tersebut.
Sebab paling utama adalah kerana Uqasha dikatakan tidak memakai tudung menutupi bahagian dadanya. Malah sebahagian besar lehernya juga kelihatan.
Kebanyakan pengikut Uqasha di Instagram nampaknya kecewa apabila pelakon cantik itu seakan kurang menitikberatkan imej yang sesuai untuk gadis berhijab.
Kalau Uqasha masih belum berhijab, gaya bergambar begini mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Tapi lain pula penerimaan orang luar terhadap gadis yang bertudung. Mungkin perlu lebih sensitif next time?
Ramai juga yang menegur cara pemakaian Uqasha tapi nampaknya respon si cantik ini membuatkan ramai menganggap dia tak boleh menerima teguran dengan baik.
Mungkin Uqasha terlepas pandang perkara ni. Iyalah, kakak kepada Nelydia ni pun masih baru lagi memakai tudung. Boleh tegur tapi janganlah hukum teruk sangat, okay?
Sumber : ohbulan.com
Sumber : ohbulan.com