Pelakon dan Duta kepada produk Blinq Beauty Drink, Wawa Zainal, 23, menjelaskan bahawa dia masih tidak layak dan tidak mempunyai ilmu yang tinggi untuk memberikan sebarang ceramah apabila dijemput oleh segelintir pihak dalam majlis tertentu.
Wawa menjelaskan, perubahan yang dilakukan oleh dirinya adalah secara perlahan dan masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.
“Saya pernah dapat tawaran untuk memberikan ceramah seperti artis-artis lain yang bertudung tetapi saya rasa saya belum cukup ilmu untuk berkongsi”
“Lagipun saya baru belajar dan berubah untuk mendalami mengenai agama. Jadi saya rasa saya tak layak untuk memberikan ceramah,” ujarnya kelmarin.
Bukan sahaja dirinya yang diundang untuk memberikan ceramah malahan suaminya juga pelakon Aeril Zafrel turut diundang sama tetapi mereka berdua dengan rasa rendah diri mengatakan bahawa masih belum layak untuk berbuat sedemikian.
“Dia (Aeril Zafrel) pun sama dapat tawaran untuk bagi ceramah, tetapi dia takut katanya nervous nak berhadapan dengan orang ramai,” tambahnya.
Selain itu, mengenai kerjaya lakonannya pula, Wawa memberitahu bahawa kini dia lebih fokus kepada keluarga dan perniagaan busana muslimah yang diusahakannya secara online dan akan datang Wawa turut akan melancarkan produk kecantikan tidak lama lagi.
“Fokus pada rumah tangga, bisnes baju dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri. Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja”
“Ini kerana banyak tanggungjawab saya yang lain seperti anak saya yang masih kecil dan tiada siapa untuk jaga dia kalau saya keluar untuk shooting. Saya dan suami bergilir-gilir menjaganya kerana kami tidak mempunyai pembantu rumah dan suami tak galakkan untuk ada pembantu rumah,” katanya.
Wawa juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya suaminya itu, (Aeril Zafrel) berlakon di samping pelakon wanita yang lain dan dia tidak langsung cemburu kerana memahami tugas seorang artis dan pelakon, begitu juga dengan dirinya yang kini sudah pun berhijab.
“Saya tak ada masalah sebab benda itu dari dulu lagi kan. Saya faham dan dia (Aeril Zafrel) tak kisah telefon bimbit dia dekat tangan saya 24 jam. Saya tak pernah meletakkan syarat apa-apa untuk dia berlakon”
“Tapi dia sendiri yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan. Begitu juga dengan diri saya yang mana saya tidak memilih watak, sebab pengarah sekarang pun sudah faham dan arif apabila seseorang artis itu telah pun bertudung. Saya pun bukanlah muslimah yang sejati tetapi masih belajar secara perlahan-lahan untuk ke arah itu,” katanya.

Sumber : rotikaya.com