Tuesday, February 24, 2015

Zizan Punya Kontroversi, Emma Maembong Makan Hati!

Pelakon Emma Maembong baru-baru ini telah memuat naik dua buah video di akaun Instagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.


Zizan Punya Kontroversi, Emma Maembong Makan Hati!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, emma maembong

Video tersebut merupakan keratan dari lagu kumpulan Geisha bertajuk ‘Jika Cinta Dia’ dan menerusi bait-bait lirik yang dimuatnaik Emma, jelas menunjukkan perasaannya ketika ini.

Kekasih kepada pelawak popular Zizan Razak itu dipercayai memuatnaik video tersebut selepas beberapa keping foto Zizan bersama seorang wanita menjadi viral di sebuah blog hiburan.

Baris lirik lagu yang dikongsikan Emma ialah, “Berulang kali kau lakukan itu padaku, Jika cinta dia jujurlah padaku, Tinggalkan aku di sini tanpa senyumanmu, Jika cinta dia ku coba mengerti, Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku..”

Para pengikut Emma di Instagram telah memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya bersabar dengan ‘ujian’ yang sedang melanda hubungannya cintanya dan Zizan.

Namun, ada juga pengikut yang bosan dengan tindakan Emma dan mendakwa pelakon cantik itu bersikap kebudak-budakan.

Sebuah blog hiburan pada Isnin lalu telah menyiarkan beberapa keping foto Zizan bersama seorang wanita dan mendakwa pelakon tersebut mempunyai hubungan rapat dengan wanita tersebut.

Namun wanita tersebut menerusi Harian Metro pada Selasa, menyifatkan laporan tersebut sebagai mengarut dan fitnah semata-mata.

Salah satu video yang dimuatnaik Emma di Instagramnya:
A video posted by emma_maembong (@emma_maembong) on

A video posted by emma_maembong (@emma_maembong) on


Sumber : astrogempak.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →