Thursday, March 12, 2015

Cerita Dazrin Selepas Kemalangan

Menerusi laman Instagram dan Facebook milik pelakon Dazrin Kamarudin, beliau dilihat telah memuatnaik gambarnya yang telah mengalami kemalangan jalan raya.


Cerita Dazrin Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, dazrin kamarudin

Dua gambar yang disiarkan telah cukup membuktikan kereta berwarna merah miliknya rosak teruk dan remuk setelah bertembung dengan sebuah lori.

Nasib baik segalanya selamat. Dazrin tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemaskini terbaru daripada pelakon ini “Despite the tragic incidence.. i am back on set.. #onset #beingstrong #fightingthepain #kasihjasmin #melaka” menyaksikan dia kembali bekerja dan berada di set drama lakonannya.

Terlebih dahulu sebelum ini, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

“Pesan saya, jangan teruskan perjalanan kalau mengantuk,” tulis Salwa di akaun Instagramnya yang merujuk kepada gambar kemalangan melibatkan Dazrin.

Dazrin juga dalam Instagramnya ada memohon maaf jika dia ada mengguris perasaan sesiapa pada kapsyen gambarnya di Instagram. “Kisah mlm semalam.. sorry kalau daz dah kecewakan siapa2.. i am doing the best that i could to please everyone..”

Semoga Dazrin akan segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni seperti biasa.

Sumber : murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →